Saturday, January 9, 2010

Port Lightweight Di JeluTong.Pulau Pinang

Kali ini pemancingamatur menjengah ke Jelutong.Trip ini disponsor AMK.Menurut AMK kawasan ini terdapat byk ikan gelama,duri,lembu,gerut-gerut,tanda.

Kalau diperhatikan betul betul terdapat 2 buah kapal terlanggar dan salah satu daripadanya karam.Dikawasan ini terdapat banyak kerapu.Tetapi rod amatur kami tidak berjaya untuk sampai ke sana.

Kapten telah bersedia membuat balingan pertama manakala AMK memberi tazkirah petang kepada MAT CHIN yang baru join pemancingamatur.MAT CHIN menurut sahaja nasihat AMK.Maklumlah post terdahulu AMK berjaya menaikkan mayong 4 kilo.

Dari jauh kelihatan Jambatan Pulau Pinang.Ikon Pulau Mutiara.

2 jam telah berlalu hasil pun tadaaaa....AMK mula diam,tiada lagi kedengaran tazkirah kepada MAT CHIN.Manakala Kapten mula gelisah sedang memikirkan jawapan yang akan diberikan kepada orang rumahnya...ha ha ha ..tu la lain kali kalau pergi memancing janganlah pakai smart sangat...ha ha ha...

Hari semakin senja.Mereka bertiga tidak memperoleh sebarang hasil.Manakala penulis telah berjaya menaikkan ikan gerut-gerut,lembu dan bolos.Mat Chin memperli AMK kerana tempat yang dibawa olehnya agak kurang memuaskan.Manakala AMK melarikan diri ke tempat penulis.Kapten pula masih memikirkan pasar malam mana yang menjual ikan besar .

pemandangan disini sewaktu senja memang cantik.





Hasil yang berjaya diperolehi oleh penulis.Agak kurang memuaskan.Tempat ini sesuai untuk pemancing menghilangkan stress.Apa pun terima kasih kepada Kapten,Mat Chin dan AMK kerana menjayakan trip kali ini.Jumpa di trip yang lain.

3 comments:

  1. Salam perkenalan tuan punya blog. Tempat tu memang cantik. Tambah pulak ada jeti baru kat situ. Perfect tapi amat kurang menyambaq. Saya sendiri p dok idak buleh ketukang saja. Maybe tempat tu dekat tapak buangan sampah agaknya ....

    ReplyDelete
  2. betol la bro.hasil agak kurang memuaskan.tapi sewaktu lepak petang tu ada sorang brader datang.Dia pernah naik ikan siakap tapi kena pakai anak belanak time malam.boleh la try tgk.gud luck

    ReplyDelete
  3. salam.. nak tanye nak kesitu kna msuk mlalui mna ek.. ada sbrg byaran ke.. x pnah nmpak plak port tu.. nampak mnarik dah.. trima kasih..

    ReplyDelete