Thursday, November 26, 2009

Saturday, November 21, 2009

PORT BARU 2010

KAMI TELAH SURVEY TEMPAT MEMANCING SAMBIL REHAT.DIJANGKA SIAP 2010.TEMPAT DI SEGANTANG GARAM,MERBOK,SUNGAI PETANI.





JETI MASIH BELUM SIAP...

DISEDIAKAN TEMPAT MEMANCING.BAYARAN SEHARI RM10.....MANAKALA MENGINAP SEMALAM RM120.DISEDIAKAN TEMPAT MEMANCING,BILIK TIDUR,TEMPAT MEMASAK




KERJA MEMBUAT PELANTAR SEDANG DIJALANKAN...


MENURUT PENDUDUK TEMPATAN,KUALA NI TERDAPAT BANYAK SPESIS IKAN JENIS SIAKAP.SO KITA TUNGGU TAHUN 2010 NI...



Friday, November 6, 2009

Buruan Patipoh (tripletail)

Esok kami bakal turun sekali lagi ke laut.Setelah seminggu berehat esok joran kami akan diuji sekali lagi.Minggu ini TN ingin membawa kami ke lubuk patipoh.Rupa ikan patipoh tidaklah mengiurkan tetapi kuasa lawanannya boleh membuatkan pemancing keletihan.Penulis pun tidak mengenali dengan mendalam ikan ini,tetapi menurut TN ikan patipoh memang sodap dibuat gulai. Trip kali ini berlaku penyingkiran.TN telah diberi kuasa VETO untuk menyingkirkan pemancing yang gagal menunjukkan kriteria sebagai peserta pemancing amatur.Setelah seminggu memikirkan peserta yang akan disingkirkan pada pagi tadi TN telah mengumumkan peserta yang disingkirkan.Peserta tersebut adalah DIROV.

Antara reasonnya adalah:
-Dresing ala-ala AKON
-Tidak membantu pemancing lain ketika peserta lain bertarung dengan ikan
-Memberi tekanan mental dan fizikal kepada Sino
-mengamalkan sikap pentingkan diri ketika dalam bot
-Lebih serius dalam PARLAY daripada memancing.

TN juga telah memperkenalkan 2 ahli baru kepada kami.Antaranya Kapt dgn Krai.Gambar di bawah ada jugaklaa ciri ciri pemancing tapi gambar yang bawah sekali tu nampak gayanya lebih kurang peserta yang disingkir pada minggu pertama.
KAPT:

KRAI:


Sedang menyiapkan blog ni tiba tiba msg masuk.Msg daripada TN.Msg berbunyi:"Assalammualaikum!..Dukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti memancing kita pada esok hari terpaksa dibatalkan....Enjin RN7 masih dibaiki.Bot yang kita naiki dulu tali untuk hidupkan enjin terputus,bot masih dilaut masih menunggu orang pi tunda.Segala kesulitan amatlah dikesali"

Aaaaaaaaarrrggggghhhhhhhhhhhh.......................

Sunday, November 1, 2009

Cubaan Pertama di Pulau Mutiara

Sabtu 31 Oktober 2009-Kebanyakkan dari kami adalah pemancing amatur.Hampir semuanya tidak pernah naik bot.Selalunya kami memancing dipesisir pantai,kuala,dan chalet terapung sahaja.Tetapi trip kali ini kami akan ke Laut Pulau Pinang.Berbekalkan pengalaman Tekong Ningkanangwangcarai(TN) yang juga amatur memberikan sedikit "confident" kepada kami yang amatur.
Sebelum perjalanan hampir kesemuanya berbincang tentang mabuk laut.Ketakutkan mabuk laut melampaui ketakutan segalanya,berbagai-bagai petua diperolehi oleh otai-otai laut.Dan yang paling lucu hampir semua petua tersebut adalah merapu.ha ha ha...Seawal jam 7 pagi kami melakukan persipan didalam bot.Kami menolong TN menyusun peralatan-peralatan memancing kedalam bot.Masing-masing betul teruja untuk ke laut.Walaupun keadaan Jeti Sama Gagah agak lincin dan dipenuhi selut namun perkara tersebut tiadak mematahkan semangat kami kelaut.Berbekalkan umpan udang 2kg dan ikan kembung 3 kg .

Gambar dibawah adalah Sino.Seorang pemancing amatur
yang paling junior.Memiliki rod 7 kaki berjenama XXXX(terpaksa dirahsia atas sb2 keselamatan) dan mesin toman.Menyukai teknik pancingan dasar.Pantas menyentap ikan dan adakalanya mulut ikan tersebut rabak dikerjakan beliau.Pertama kali turun laut.Antara orang yang kami highlight akan mabuk laut.

Perjalanan kami bermula di Sungai Sama gagah menuju ke Sungai Prai.Deruman enjim bot memecah kesyunyian waktu pagi.Sekitar Sungai terdapat berbagai hidupan liar.dalam banyak-banyak hidupan liar perkara yang paling disukai adalah burung bangau.Burung tersebut menurut TN burung tersebut akan ada di kawasan sungai tersebut pada bulan tertentu kerana burung jenis ini adalah kategori burung hijrah.Kami bernasib baik kerana dapat lihat banyak burung bangau yang tidur di atas pokok sekitar sungai. TN melajukan botnya untuk sampai ke destinasi.Menurutnya air sedang pasang,jika lambat ke laut bot kami tidak akan berjaya melepasi titi sekaligus membantut harsat kami ke laut.
Tempat baik pulih feri.Sino memandang jauh kearah feri sambil meng"cover"mukanya yang hampir mabuk laut.Jambatan Perai.Kami sudah hampir untuk ke laut penang.




Menghala ke marin,Untuk mengambil Abg Amin dan Dirov.

Abg Amin dan Dirov betul betul teruja dalam kepanasan terik.Dirov memakai pakaian ala ala berjemur di tepi pantai.Petang nanti tau la apa akan terjadi kepadanya.ha ha ha..Manakala Abg Amin memberi isyarat bagus.

Setelah sampai ke tempat memancing kami semua terus melabuhkan pemancing.Disini terdapat pelbagai-bagai ikan light.Antanya Puting Damak,Lembu,Gerut-Gerut,Gelama,Duri,Kami melayan hampir 2 jam.Selepas tu hampir setiap mata kail putus diserang Ikan Buntal.TN mengajak kami melayan kerapu di Pulau Jerejak.Gambar dibawah didapati Dirov diperli oleh TN kerana bersikap malas menaikkan ikan.kemungkinan beliau terasa bahang kepanasan.Maklulah "Dressing"ala ala AKON..ha...ha ....ha...

1/2 jam kemudian,kami sampai di belakang Pulau Jerejak.Terdapat kawasan baik pulih Kapal di belakang ini.Menurut TN kawasan ini adalah kawasan batu karang.Terdapat Pelbagai spesis batu karang.Buruan kami kali ini adalah kerapu..

Setelah sampai kami labuhkan pancing.Abg Amin terus memancing apabila TN melabuhkan sauh.Didapati Dirov telah mengangkat bendera putih.Sambil makan kacang pagoda sambil bersungut-sungut bila mau balik.

Abg Amin sabar menanti umpan disambar kerapu..

Ha ha ha ..mamat ni dah tension.menghisap rokok dan bersungut.Tangkapannya ZERO.
Sekitar Pulau Jerejak.


Kesayupan Jambatan Pulau Pinang boleh dilihat dari sini.

Pantai Seagate.Spesis Pari dilaporkan begitu banyak di sini suatu masa dulu.

Jeti nelayan di kawasan Pantai Seagate.


Jam menunjukkan pukul 5.00 ptg.Semua orang menunjukan tanda puas kecuali DIROV.ha ha ha..
posing dengan hasil tangkapan masing-masing.

Dirov memujuk sino untuk sambil Sino menghantar msg kepada orang rumahnya supaya lekas menggiling rempah.
Hasil tangkapan.

Ikan merah,kerapu,tanda,gerut-gerut,puting damak,Combat,kerapu singa,ikan lembu,semilang

Alhamdulillah trip kali pertama ini dengan jayanya.Bagi kami pemancing amatur menganggap satu kepuasan yang tidak ternilai.Mungkin lain kali kami akan terus mencabar kemampuan diri untuk laut yang lebih dalam lagi...